Cari @ Amanz

Ehang Akan Membuka Lapangan Teksi Terbang Pada Penghujung 2020

Link Copied!

Di dalam dunia pembangunan teksi terbang, Ehang ialah antara yang terawal cuba mengkomersialkan dron yang diubahsuai menjadi kenderaan peribadi. Sejak 2016, dua model telah dihasilkan dengan salah satunya, Ehang 184 telah dijenamakan semula sebagai Super Dron untuk pasaran Malaysia. Ehang telah mengumumkan mereka akan memulakan operasi teksi terbang komersil pertama dunia di bandaraya Hezhou provinsi Guangxi China.

Mereka akan merancang membina lapangan terbang teksi terbang pertama dunia dengan operasi bermula menjelang penghujung 2020. Lapangan teksi terbang setinggi tingkat ini mempunyai keluasan 2500 meter persegi dengan empat pad mendarat pada bahagian bumbung.

Sebanyak 20 pesawat Ehang 216 akan digunakan di Hezhou untuk tujuan memberikan pemandangan kota dari udara. Setiap Ehang 216 mampu memuatkan dua orang penumpang. Dengan penggunaan Ehang 216, jumlah pelancong ke Hezhou diharap akan meningkat kerana ia bakal menjadi antara tarikan unik.


Komen ()