Carian
SpaceX Akan Memulakan Ujian Perkhidmatan Internet Starlink Sekitar Julai
April 27, 2020 Effi Saharudin

Pada bulan Mei tahun lalu, SpaceX melancarkan 60 satelit mini Starlink dengan tujuan menawarkan perkhidmatan Internet kepada kawasan yang terpencil. Sejak itu hampir 400 satelit Starlink telah berjaya dilancarkan. Kini Elon Musk mengesahkan perkhidmatan internet dari Starlink akan memulakan ujian sekitar Julai.

Ini adalah ujian Beta tertutup sebelum ujian Beta terbuka akan dilakukan sekitar bulan Oktober 2020. Kesemua ujian akan dilakukan kepada pengguna yang tinggal di kawasan berlatitud tinggi. SpaceX ingin melancarkan sehingga 12,000 satelit yang merangkumi kesemua permukaan bumi.

Walaupun tujuan asalnya ialah menawarkan perkhidmatan internet pantas kepada kawasan terpencil. Starlink kini menerima kecaman dari ahli astronomi kerana satelit yang telah dilancarkan adalah terlalu terang sehingga mencemari pemandangan malam. Pihak SpaceX kini berjanji untuk melancarkan satelit yang kurang berkilat di masa hadapan.

Komen