Sebelum ini, Samsung telah muncul dengan Samsung Galaxy A20s iaitu sebuah peranti kelas pertengahan dengan harga mampu milik. Tiada angin tiada ribut, kini terdapat pula ura-ura yang mengatakan pengeluar ini bakal muncul dengan pewaris baru dikenali Samsung Galaxy A21s.
Spesifikasi mengenainya juga telah muncul di arena web. Memetik informasi yang dikongsi, Samsung Galaxy A20s mungkin didatangkan dengan skrin lebih besar berbanding pendahulunya. Ia mungkin membawakan skrin bersaiz 6.55-inci dengan resolusi HD+ (720 x 1600 pixel).
Samsung Galaxy A21s-
6.55" IPS, HD+, 720 x 1600
48MP + 8MP + 2MP
13MP
3GB + 64GB
microSD slot
5000mAh
FS scanner, Micro USB, NFC, Dual SIM, 3.5mm jack, BT 5.0
Black, Blue & WhiteNote- This info is from a relatively new source, so it's better to take it with a pinch of salt🧂
— Sudhanshu Ambhore (@Sudhanshu1414) April 25, 2020
Tiada maklumat mengenai cip pemproses yang dikongsi tetapi ia mungkin membawakan memori sebesar 3GB RAM dan storan dalaman 64GB dengan sokongan slot microSD. Selain itu, ia juga mungkin menyertakan bateri sebesar 5,000mAh menerusi port microUSB.
Untuk penawaran kamera pula, Samsung Galaxy A20s mungkin menyertakan tri-kamera utama dengan lensa 48-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera swafoto sebesar 13-Megapixel. Antara ciri-ciri lain termasuk sokongan NFC, bicu audio 3.5mm dan Bluetooth 5.0.
Bagaimanapun, maklumat ini hanya sekadar tertiris dan masih lagi di peringkat ura-ura. Mungkin kita bakal mendengar lebih lanjut di masa akan datang. Pada pandangan anda, adakah penawaran kali ini lebih menarik berbanding pendahulunya? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.