Cari @ Amanz

Beberapa jam yang lepas, Xiaomi telah mengumunkan MIUI 12 iaitu variasi baharu sistem operasi mereka yang dibina berasaskan Android. Kali ini, ia adalah lebih kemas, lebih pantas dan memfokuskan kepada mod gelap serba baharu.

Tidak lama kemudian, di laman forum rasmi Xiaomi China – mereka telah mengumunkan pembangunan untuk MIUI 13 sudah dimulakan. Xiaomi memulakan dengan membuat soalan kaji selidik terlebih dahulu untuk kajian ciri-ciri pada rekaan MIUI 13 kelak. Xiaomi nampaknya kali ini, bersungguh – sungguh untuk berikan kemaskini pantas kepada pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd