Samsung Galaxy Buds+ Dikemaskini Dengan Sokongan Microsoft Swift Pair

Samsung Galaxy Buds+ Dikemaskini Dengan Sokongan Microsoft Swift Pair

Diterbitkan pada Apr 28, 2020 oleh .

Samsung Galaxy Buds+ adalah set fon telinga nirwayar sebenar dari Samsung yang terkini. Dari segi rekaan, secara keseluruhan masih kekal sama – kecuali dalaman sahaja yang ditambah baik. Ia juga padat dengan pelbagai ciri dan fungsi menarik yang lebih seronok digunakan bersama-sama dengan peranti Samsung.

Terkini, kemaskini untuk Galaxy Buds+ telah diedarkan membawakan fungsi Microsoft Swift Pair. Seperti tambatan pantas Apple AirPods atau Google Fast Pair, Microsoft Swift Pair adalah untuk aksesori audio ditambat secara pantas pada peranti Windows 10. Ia juga membolehkan pengguna bertukar-tukar antara telefon pintar ke Windows dengan mudah.

Galaxy Buds+

Samsung turut memberikan kemampuan mod Ambient Sound secara automatik boleh diaktifkan. Letakkan sahaja Galaxy Buds+ di telinga, mod ini akan terus diaktifkan. Bukan itu sahaja, mod ini turut menyokong untuk digunakan pada satu fon telinga sahaja.

Akhir sekali, Samsung turut menambah baik integrasi bersama Spotify dengan fungsi Tap & Hold. Dengan tekan dan tahan, ia boleh terus boleh memainkan muzik dari Spotify bersambung dari mana muzik sebelum ini dijeda. Jika tidak berkenan, lakukan kawalan tadi sekali lagi untuk Spotify mainkan muzik dari senarai main yang lain.



TIPS & ULASAN