Amazfit merupakan salah satu syarikat yang mengeluarkan jam tangan pintar pada harga sangat kompetitif. Pada tahun lepas, mereka telah memperlihatkan Amazfit X sebagai sebuah peranti konsep, dimana ia datang dengan skrin melengkung, sekaligus menawarkan lebih keselesaan pada tangan.
Amazfit X menggunakan skrin 2.07-inci AMOLED berwarna yang melengkung, bateri 205mAh dengan penggunaan selama 7 hari, sokongan Bluetooth 5.0 LE, GPS + GLONASS, dan sejumlah sensor termasuk untuk PPG, dan denyutan nadi.
Jam tangan pintar ini hadir dengan 9 mod sukan, selain turut boleh mengenal-pasti corak tidur anda. Ia juga turut dilengkapi dengan sokongan kalis air sehingga kedalaman 50 meter.
Jam tangan pintar dengan rekaan skrin melengkung ini kini ditawarkan melalui laman biayasama, Indiegogo, dimana ia ditawarkan pada harga bermula $149, iaitu sekitar rm647.