Cari @ Amanz

Codec video AV1 adalah satu format fail media yang mempunyai saiz fail yang lebih kecil dan kemampuan menstrim pada kualiti yang lebih baik. Format ini diguna pakai pada Netflix dan YouTube untuk telefon pintar turut telah mula mencuba teknik pengkodan ini sejak 2018 lagi.

Terkini, aplikasi YouTube untuk Android TV mula menyokong penggunaan codec video ini. Dengan wabak Covid-19 yang menular, penggunaan Internet semakin tinggi – lebih-lebih lagi pada bahagian penstriman sehinggakan YouTube terpaksa menetapkan kualiti default YouTube pada 480p. Melalui penggunaan ini, kualiti penstriman akan terus kekal berkualiti sambil penggunaan data adalah lebih jimat.

Walau bagaimanapun tidak semua peranti Android TV atau kotak set Android TV menyokong pemecutan-perkakasan pengkodan AV1. Buat masa ini, ia hanya hanya menyokong pada peranti yang menggunakan cip Broadcom’s bcm72190/72180 atau Realtek RTD1311/RTD1319 sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd