Cari @ Amanz

Akhir Januari lalu General Motors (GMC) berkongsi imej acah bahagian hadapan Hummer EV yang merupakan generasi pertama Hummer yang mesra alam. Pelancaran Hummer EV dijadualkan pada 20 Mei 2020 tetapi kini telahpun ditangguhkan ke suatu tarikh yang masih belum ditetapkan. kerana wabak koronavirus. Sungguhpun begitu GMC berkata pembangunan kenderaan masih mengikut jadual untuk penjualan pada tahun 2021.

GMC menjanjikan kenderaan dengan 1000 kuasa kuda dengan prestasi 0-1o0 kmj dalam masa 3 saat sahaja. Apabila mula dipasarkan pada tahun 2021 kelak, besar kemungkinan Hummer EV ini akan menjadi pesaing kepada Tesla Cybertruck. Pelancaran Hummer EV akan dinantikan memandangkan ia adalah perubahan imej 180 darjah yang mendadak berbanding Hummer versi terdahulu.

Memulakan hidup sebagai kenderaan tentera HMMWV (High Mobility Multipurpose Wheeled Vehicle) di Perang Teluk, Hummer kemudian menjadi ikon status selepas versi awam yang pertama dibeli oleh Arnold Schwarzenegger. Jualan Hummer dihentikan 10 tahun lalu kerana imej negatif sebagai kenderaan yang mencemari alam sekitar

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd