Di awal PKP yang lalu, Anchor memperkenalkan ciri memudahkan proses menghasilkan podcast berkumpulan secara atas talian serasi dengan keperluan pembatasan sosial. Hari ini sebuah lagi fungsi baharu diperkenalkan yang mengubah panggilan video menjadi podcast.
Menerusi fungsi ini, pengguna Anchor hanya perlu memuat naik fail video dalam format MP4 atau MOV ke laman mereka. Selepas itu audio dari video boleh diproses, disunting dan dimasukkan pelbagai kesan bunyi yang ditawarkan oleh platform mereka. Pengguna kemudian boleh menerbitkan podcast ke Spotify, Google Podcasts, Apple Podcasts dan banyak lagi platform pilihan.
Dengan fungsi ini kesemua video perbualan serta perbincangan atas talian yang mungkin dilakukan pada platform lain seperti Zoom dan Instagram Live dengan mudah boleh diubah menjadi podcast untuk didengari dalam bentuk audio sahaja.