Salah satu ciri menarik yang diperkenalkan pada iPadOS adalah fungsi multi tingkap yang mana membolehkan pengguna melancarkan dua aplikasi secara serentak dan diletakkan bersebelahan. Boleh dikatakan, ia adalah salah satu perkara yang menarik untuk mereka yang menggunakan peranti bersaiz besar untuk pengalaman multi tugasĀ yang hebat.
Kini, Microsoft dilihat sedang menguji fungsi ini menerusi perisian Word dan PowerPoint untuk iPad. Melaluinya, pengguna boleh menggunakan pelbagai dokumen di perisian Word atau PowerPoint secara serentak. Sekaligus, mengaksesnya secara bersebelahan dengan tiga cara berbeza yang menarik.
Namun, ia masih lagi di dalam peringkat ujian beta untuk Office Insiders. Sehingga kini, Microsoft masih belum berkongsi sebarang butiran mengenai bilakan fungsi ini akan diberikan untuk semua pengguna. Pada pendapat anda, adakah fungsi ini penting?