Waze ialah aplikasi GPS yang amat popular kerana ketepatan arahan dan antaramuka yang menarik. Ia kami gunakan hampir setiap hari sebelum PKP untuk mengelak kesesakan jalan raya untuk pulang dari pejabat. Namun begitu kadang kala ia mengarahkan pengguna untuk mengambil jalan yang tidak biasa digunakan dan akibatnya mereka mungkin terlepas jalan yang perlu dibelok masuk. Dalam Waze Beta, ciri paparan saranan lorong (lane guidance) akhirnya disokong.
Paparan saranan lorong diletakkan pada bahagian atas skrin Waze. Aplikasi akan memberikan sarana lorong yang terbaik untuk dipandu sepanjang masa. Ini ialah ciri yang telah lama disokong pada aplikasi navigasi lain seperti Google Maps dan juga Nokia OVI Maps lebih sedekad lalu.
Paparan saranan lorong untuk dipandu adalah antara ciri yang telah lama diminta oleh pengguna Waze dan dengan ujian telah dimulakan, ia menandakan ciri ini semakin hampir diberikan kepada semua pengguna dalam masa terdekat.