Sebelum ini, Microsoft telah muncul dengan Microsoft Surface Headphones sekitar Oktober 2018. Microsoft nampaknya bakal membawakan pewaris seterusnya dan ura-ura mengatakan ia mungkin dilancarkan sebagai Microsoft Surface Headphones 2. Ia juga dikatakan telah muncul dalam senarai laman web pensijilan Bluetooth SIG dengan sejumlah spesifikasi utama.
Surface Headphones 2 yang muncul dengan nombor model 1919 dikatakan bakal dilengkapi sokongan Bluetooth 5.0 bersama teknologi audio Qualcomm AptX untuk pengalaman mendengar yang berkualiti tinggi. Ia juga akan dilengkapi butang dail khusus untuk menyesuaikan tahap kebisingan menerusi tiga tetapan selain turut digunakan untuk melancarkan pembantu maya.
Selain itu, Surface Headphones 2 juga akan disertakan dengan jangka hayat bateri yang boleh berfungsi sehingga 20jam dengan sekali cas. Maklumat lain mengenai fon kepala ini masih belum diketahui dan mungkin kita bakal mendengarnya lanjut pada masa akan datang.