Carian
Aplikasi MyTrace Tidak Mengumpul Data Geolokasi Dan Dipadam Selepas 21 Hari
May 3, 2020 Effi Saharudin

Aplikasi MyTrace telah dilancarkan secara rasmi hari ini oleh MOSTI dan adalah satu lagi aplikasi pengesahan kontak yang dibangunkan kerajaan bagi menentang penyebaran Covid-19. Antara kerisauan awal yang mula kami lihat di media sosial ialah sama ada data pengguna dikumpul oleh kerajaan. Menteri Sains Teknologi, Khairy Jamaludin hari ini mengesahkan aplikasi tidak mengumpul data geolokasi pengguna.

Sebaliknya data yang telah diawanamakan  hanya disimpan di dalam peranti. Ia kemudiannya akan dipadam selepas 21 hari. Apabila berlaku kes Covid-19 berhampiran lokasi pengguna yang disimpan di dalam peranti, barulah pihak akan menghubungi kesemua kontak rapat untuk tindakan seterusnya.

Menerusi MyTrace, peranti berhubung antara satu sama lain menggunakan bluetooth bertenaga rendah. Oleh itu keberkesanannya amat bergantung kepada jumlah pemasangannya pada peranti pintar di Malaysia.

Pada waktu ini aplikasi MyTrace hanya boleh dimuat turun pengguna Android menerusi Google Play Store dan Huawei App Gallery. Versi iOS akan dikeluarkan kelak selepas pihak Apple mengeluarkan API baharu yang menyelesaikan isu pada aplikasi,

Komen