Carian
Aplikasi Pengesanan Kontak MyTrace Kini Boleh Dimuat-Turun
May 1, 2020 Effi Saharudin

Sebuah lagi aplikasi pengesanan kontak (contact tracing) Covid-19 boleh dimuat turun hari ini. Seperti MySejahtera, MyTrace digunakan bagi menjejak pergerakan pengguna telefon pintar dan memberikan amaran sekiranya mereka pernah berada berhampiran dengan individu yang telah disahkan positif Covid-19.

Aplikasi akan menghantar isyarat bluetooth kepada peranti berhampiran untuk mengesan lokasi. Perdana Menteri telah menggesa rakyat Malaysia yang mempunyai telefon pintar runtuk memuat turun MyTrace atau MySejahtera hari ini bagi memudahkan proses pengesanan kontak.

Seperti aplikasi MySejahtera dan Gerak Malaysia sebelum ini, pengguna perlu mendaftar menggunakan nombor telefon peribadi sebelum MyTrace boleh digunakan. Saiz aplikasi adalah sekitar 30MB sahaja. Untuk memuat turun sila ke pautan di bawah. Malang sekali buat masa ini ia hanya boleh dimuat turun pengguna peranti Android sahaja.

Komen