Microsoft Teams Akan Menyokong Telesidang Sehingga 250 Orang

Microsoft Teams Akan Menyokong Telesidang Sehingga 250 Orang

Diterbitkan pada Mei 5, 2020 oleh .

Satu ciri pada aplikasi yang sebelum ini tidak dianggap penting ialah sokongan melakukan panggilan video dengan ramai pengguna serentak. Ini adalah faktor yang menyebabkan Zoom menjadi pilihan ramai sepanjang tempoh PKP kerana ia boleh menyokong sehingga 500 pengguna. Bagi memberikan persaingan, Microsoft Teams kelak akan dikemaskini untuk menyokong sehingga 250 orang dalam telesidang secara serentak.

Sebelum ini Teams hanya menyokong sehingga 100 pengguna secara serentak. Kemas kini ini dijangka diberikan menjelang pertengahan bulan ini. Kesemua ciri baharu ini diperkenalkan bagi memenuhi keperluan lebih 75 juta pengguna mereka yang melonjak naik sejak penularan wabak koronavirus. Sekiranya anda pengguna aplikasi telesidang, apakah ciri yang paling penting ataupun yang masih tidak wujud tetapi amat anda perlukan sekarang?



TIPS & ULASAN