Kamera Swafoto Honor V30 Pro Rangkul 76 Mata Dalam Ujian DxOMark

Kamera Swafoto Honor V30 Pro Rangkul 76 Mata Dalam Ujian DxOMark

Diterbitkan pada Mei 6, 2020 oleh .

Honor V30 Pro merupakan sebuah peranti mewah daripada Honor yang menampilkan sejumlah penawaran spesifikasi tinggi seperti dijana cip Kirin 990, menggunakan tri-kamera utama, memori 8GB RAM dan paparan skrin besar 6.57-inci. Tidak ketinggalan, ia juga didatangkan kamera hadapan yang menarik dengan gabungan lensa 32MP + 8MP.

Sebelum ini kita telah didedahkan dengan markah kamera utama Honor V30 Pro yang berjaya memperoleh sebanyak 122 mata. Terkini, DxOMark berkongsi pula markah bagi kamera hadapan – memperlihatkan ia sekadar mencatatkan skor sebanyak 76 mata. Peranti ini menerima skor 70 mata untuk kemampuan fotografi dan 85 mata pula untuk kemampuan videografi.

Dalam pengujian kamera, pujian diberikan kepada kemampuan penghasilan tekstur yang baik dengan hingar minima pada pencahayaan cukup. Kritikan pula diberikan kepada sistem imbangan putih yang tidak seimbang, penghasilan semula warna yang tidak memuaskan, mod bokeh yang kurang baik dan julat dinamik yang terhad.

Untuk kemampuan rakaman video, secara umumnya peranti ini dikatakan baik dengan sistem imbangan putih yang seimbang, penghasilan tekstur yang baik ketika subjek dalam fokus dan penstabilan yang baik.



TIPS & ULASAN