Cari @ Amanz

Tom Cruise Bekerjasama Dengan SpaceX Untuk Penggambaran Filem Di Angkasa

Link Copied!

Buka laman web Amanz dan cari “SpaceX“, pasti akan ada banyak berita yang kami laporkan mengenai perancangan mereka, rekaan prototaip, projek-projek di angkasa dan pelbagai lagi. Tetapi belum pernah ada berita SpaceX berkait dengan penggambaran filem.

Tom Cruise dilaporkan akan bekerjasama dengan SpaceX untuk penggambaran filem di angkasa. Ya, ini adalah benar-benar angkasa dan bukannya CGI atau animasi. Filem ini dikatakan adalah filem aksi pengembaraan dan bukannya filem Mission Impossible baharu. Lebih menarik, wakil NASA turut telah mengesahkan penglibatan Tom Cruise ini yang mungkin sekali akan melakukan penggambaran di Space Station.

Bagaimana filem ini akan dihasilkan juga tidak diketahui. Menurut laporan The Verge, NASA akan membuat kenyataan pada masa yang sesuai akan datang. SpaceX turut pernah mengumumkan yang empat individu akan menaiki kapal angkasa Crew Dragon untuk mengelilingi bumi pada sekitar hujung tahun 2021 atau awal tahun 2022. Mungkin Tom Cruise adalah salah seorang daripadanya? Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.


Komen ()