Cari @ Amanz

Pada waktu ini sistem operasi televisyen pintar Android TV mempunyai pegangan pasaran di hadapan pesaing terdekat mereka Tizen oleh Samsung. Platform Android TV memang sudah dikenali ramai kerana digunakan pada televisyen keluaran Sony dan Haier di Malaysia. Tetapi menurut laporan 9to5Mac, mereka mula mendengar ura-ura Android TV akan dijenamakan semula kepada Google TV.

Sebab mengapa ini dilakukan tidak pula diketahui pada waktu ini. Tetapi sebelum menggunakan nama Android TV, platform televisyen pintar Google ini menggunakan nama Google TV. Antara faktor yang penjenamaan semula adalah kerana nama Google adalah lebih tersohor berbanding Android. Ini membolehkan Google bersaing dengan platform lain seperti Apple TV.

Penyeragaman nama juga adalah maakul memandangkan platform-platform aplikasi sudahpun menggunakan nama Google Play, Google Play Movies & TV dan Play Books misalnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd