Carian
Tiga Prototaip Dron Pengiring Pesawat Pejuang Loyal Wingman Diserahkan Kepada Australia
May 6, 2020 Effi Saharudin

Sejak Perang Vietnam lagi wujud pendapat pertarungan satu lawan satu antara pesawat pejuang tidak lagi relevan kerana wujudnya peluru berpandu udara ke udara. Tetapi ini nyata tidak benar kerana pertempuran antara pesawat pejuang masih berlaku dengan insiden terakhir pada tahun 2017. Dengan frekuensi pertarungan semakin berkurangan, sekali lagi pesawat pejuang diramalkan akan pupus dan digantikan sepenuhnya dengan dron tempur.

Program Loyal Wingman  Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) membayangkan masa hadapan dron tempur yang terbang sebagai pesawat pengiring pesawat pejuang tang diterbangkan manusia. Ia diumumkan oleh RAAF dan Boeing tahun lalu dan kini tiga prototaip Boeing Airpower Teaming System (BATS) untuk program Loyal Wingman telah diserahkan kepada untuk penerbangan pertama akhir tahun ini.

Dron pengiring ini bukan sahaja boleh terbang secara berkumpulan dengan aset tentera udara (pesawat pejuang, AWACS dan pengisi minyak) tetapi turut mampu melakukan misi intipan dan pengawasan ruang udara. Terdapat perancangan untuk ia turut dilengkapi senjata bagi menyerang sasaran musuh. Setiap Loyang Wingman adalah sepanjang 11.7 meter dengan jarak operasi penerbangan sehingga 2000 batu nautika. Dengan sistem kecerdasan pintar ia boleh swaterbang tanpa arahan manusia/

Komen