Google Meet Kini Boleh Digunakan Secara Percuma Oleh Semua

Google Meet Kini Boleh Digunakan Secara Percuma Oleh Semua

Diterbitkan pada Mei 8, 2020 oleh .

Google pada minggu lepas telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan Google Meet secara percuma kepada pengguna seluruh dunia – sekaligus memudahkan pengguna untuk kekal berinteraksi dan melakukan telesidang ketika bekerja dari rumah.

Seperti dijanjikan, kini Google Meet telah boleh digunakan secara percuma. Pengenalan ini boleh dikatakan secara berperingkat. Tetapi daripada apa yang kami uji, sejumlah akaun Google, termasuk rakan-rakan telah mula menerima akses percuma ini.

Google Meet

Menggunakan versi percuma, pengguna boleh menggunakannya untuk panggilan telesidang selama 60 minit, dan dihadkan kepada seramai 100 orang peserta pada sesuatu masa. Namun, sehingga 30 September 2020 ini, tiada had masa yang akan dikuat-kuasakan.

Bagi anda yang berminat, boleh layari Google Meet, dan menggunakannya dalam membuat panggilan telesidang.

Layari : Google Meet



TIPS & ULASAN