Cari @ Amanz

Google ialah sebuah syarikat teknologi yang mempunyai pelbagai cabang dibawahnya, khususnya didalam bahagian permesejan dan komunikasi.

Ini termasuklah G Suite yang terdiri daripada perisian produktiviti dan kolaborasi mereka, Google Meet dan Google Chat yang boleh diakses melalui GMail dan juga Google Duo, Google Messages dan aplikasi telefon pada sistem operasi Android.

Nampaknya Google bakal merumahkan kesemua aplikasi-aplikasi ini dibawah Javier Soltero, timbalan presiden dan pengurus besar G Suite. Buat masa ini, penyelarasan ini hanyalah untuk memudahkan komunikasi diantara kesemua cabang aplikasi-aplikasi tersebut, dan tiada sebarang perubahan dari segi fungsi.

Pengumuman ini hadir tidak lama selepas pengumuman bahawa Google Meet boleh digunakan oleh pengguna-pengguna percuma untuk sesi telesidang seramai 100 orang selama 60 minit.

Pengumuman ini dikatakan sesuatu yang positif buat Google yang juga mempunyai dua sistem operasi iaitu Android dan juga ChromeOS. Javier Soltero bekerja dibawah Hiroshi Lockheimer, timbalan presiden senior bahagian platform dan ekosistem Google yang juga merupakan ketua untuk ChromeOS.

Konsolidasi ini diharap akan bukan sahaja memudahkan akses kepada aplikasi-aplikasi berkaitan, tetapi juga integrasi kepada Android dan ChromeOS yang lebih menyeluruh dan selari pada kedua-dua platform tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd