Spesifikasi Cip Snapdragon 875 Tertiris Dengan Teknologi 5nm

Spesifikasi Cip Snapdragon 875 Tertiris Dengan Teknologi 5nm

Diterbitkan pada Mei 8, 2020 oleh .

Qualcomm akan melancarkan cip baharu mereka pada bulan Disember setiap tahun. Walaupun kita masih lagi di bulan Mei, spesifikasi Snapdragon 875 telahpun tertiris awal. Cip ini dilaporkan akan dihasilkan menggunakan teknologi 5nm berbanding Snapdragon 865 yang menggunakan teknologi 7nm

Spesifikasi lain ialah ia menggunakan lapan teras CPU Kryo 684, GPU Adreno 660, VPI Adreno 665, DPU Adreno 1095, sokongan LPDRR5, enjin pemprosesan imej Spectre 580, dan sokongan 5G menerusi modem Snapdragon X60. Cip Snapdragon 875 pasti dinantikan kerana Snapdragon 865+ sebelum ini dilaporkan tidak akan dilancarkan tahun ini.

Pada waktu ini Snapdragon 865 masih lagi cip pemproses paling berkuasa untuk peranti Android tahun ini. Snadragon 875 kelak akan bersaing dengan Apple 14 dan Exynos 992 yang akan dilancarkan pada separuh tahun kedua 2020.



TIPS & ULASAN