Carian
Samsung Galaxy Note 20 Mungkin Menggunakan Cip Exynos 992 Dengan Teknologi 6nm
April 29, 2020 Effi Saharudin

Tahun ini Samsung menerima kritikan dari pengguna kerana cip Exynos 990 yang digunakan pada Galaxy S20 di Eropah dan Malaysia tidak setanding cip Snapdragon 865 yang digunakan pada pasaran Amerika Utara. Dalam ujian penanda aras yang kami lakukan sendiri di Amanz, Exynos 990 mencatatkan markah yang lebih rendah berbanding Snapdragon 865 dan Apple A13 Bionic

Kini menurut laporan ZDNet, Samsung Galaxy Note 20mungkin akan dilengkapi cip baharu Exynos 992. Yang menjadikan berita ini menarik ialah Exynos 992 mungkin dihasilkan menggunakan teknologi 6nm. Exynos 990, A13 Bionic, Snapdragon 865 dan Kirin 990 kesemuanya dihasilkan menggunakan teknologi 7nm.

Dengan teknologi 6nm, cip yang lebih berkuasa, bersaiz lebih kecil, kurang menggunakan tenaga serta mengeluarkan haba yang rendah dapat dihasilkan. Ini sedikit sebanyak dapat membaiki reputasi Samsung yang tercalar kerana Exynos 990 yang dianggap gagal oleh sesetengah pihak.

Komen