Carian
WHO Akan Membangunkan Aplikasi Pengesanan Kontak Untuk Negara Yang Tidak Berkemampuan
May 11, 2020 Effi Saharudin

Singapura adalah negara terawal membangunkan aplikasi pengesanan kontak bagi memerangi wabak koronavirus. Malaysia telah memperkenalkan MyTrace dua minggu lalu dengan menjejak pancaran bluetooth. Tetapi tidak semua negara di dunia mempunyai sumber yang cukup untuk membangunkan aplikasi seperti ini. Untuk negara-negara ini, aplikasi yang penting ini akan dibangunkan sendiri oleh WHO.

Menurut laporan Reuters, selain pengesanan kontak aplikasi ini akan memberikan maklumat mengenai virus, pengesanan simptom dan lokasi ujian boleh dilakukan bagi mengesahkan jangkitan. Aplikasi sumber terbuka ini dibangunkan secara sukarela oleh bekas kakitangan Microsoft dan Google dengan kod sumber akan dikongsi di GitHub kelak.

Apabila dilancarkan bulan ini, WHO berharap ia boleh membantu penduduk di benua Amerika Selatan dan Afrika yang negaranya masih belum membangunkan aplikasi pengesanan kontrak sendiri.

Komen