Bersama-sama pengenalan Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro, pihak Xiaomi turut telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar dibawah siri “Note”, iaitu Mi Note 10 Lite.
Xiaomi Mi Note 10 Lite ini hadir dengan skrin 6.47-inci FHD+ AMOLED, dijana Snapdragon 730G, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Ia turut menyertakan bateri dengan kapasiti 5260mAh dengan pengecasan pantas 30W.
Untuk rakaman gambar, kamera belakang menggunakan sensor utama 64MP + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (kedalaman) + 2MP (makro). Ia turut menyertakan sensor 32-megapixel untuk kamera swafoto.
Xiaomi Mi Note 10 Lite ditawarkan di Malaysia pada harga RM1599 untuk model 8GB RAM dan storan 128GB. Untuk pra-tempahan awal, pengguna juga akan menerima Powerbank dan juga sebuah beg galas percuma.