Twitter Kini Menyokong 117 Emoji Baharu Seperti Teh Boba, Ninja Dan Selipar
May 12, 2020
Aplikasi
Effi Saharudin
Awal Januari yang lalu, Unicode mengumumkan senarai 117 emoji baharu akan diperkenalkan menerusi Unicode 13.0. Antara yang diperkenalkan tahun ini ialah emoji selipar Jepun. teh boba, ninja, beruang kutub dan burung dodo. Twitter telah mengemaskini senarai emoji mereka untuk menyokong kesemua emoji ini hari ini.
Menerusi kemas kini Twemoji 13.0, kesemua emoji baharu dapat digunakan. Setakat ini kami tiada masalah melihat emoji baharu di dalam Twitter menerusi aplikasi Android dan laman web. Pada aplikasi iOS masih terdapat beberapa aplikasi yang hilang kerana ia menggunakan senarai emoji yang berbeza dri Tweemoji 3.0.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.