Cari @ Amanz

Honor Malaysia kini telah mula mengacah telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, dan memfokuskan kepada keupayaan kamera belakang telefon pintar berkenaan yang menyertakan sensor 48-megapixel.

HONOR 9X Lite

Honor dijangka memperkenalkan Honor 9X Lite ini dalam masa terdekat. Menariknya, beberapa desas-desus turut mengatakan ia mungkin hadir dengan sokongan perkhidmatan dan aplikasi Google Play.

Honor 9X Lite hadir dengan skrin 6.5-inci, dijana cip Kirin 710, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut dilengkapi kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel, selain kamera swafoto 16-megapixel. Melengkapkan peranti ini adalah bateri berkapasiti 3750mAh.

Secara kasarnya, ia hadir dengan penawaran seumpama Honor 8X sebelum ini, dengan perbezaan pada kamera belakang. Ia juga menawarkan rekaan yang sedikit berbeza.

Harga jualan untuk Honor 9X Lite ini dijangka akan diumumkan tidak lama lagi. Sebagai perbandingan, Honor 8X sebelum ini ditawarkan pada harga RM849.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd