Dengan aplikasi versi lite, pengguna tidak perlu melakukan saiz muat turun yang besar untuk menikmati aplikasi yang sama. Kurang dua tahun yang lalu, Instagram Lite ditawarkan kepada pengguna Android. Dengan saiz bawah 600KB, ia dengan mudah dimuat turun walaupun dengan kelajuan Internet yang menyiput.
Tetapi nampaknya aplikasi ini telahpun ditarik dari Google Play Store. Pengguna Instagram Lite kini diberikan notifikasi untuk memuat turun versi biasa untuk terus menikmati Instagram pada peranti. Beria baik di sini ialah Facebook menarik aplikasi sebagai persediaan untuk melancarkannya semula di masa akan datang. Berita buruknya pula ialah Facebook tidak pula berkongsi bilakah ini akan dilakukan.
Selain saiz aplikasi yang lebih kecil, Instagram mempunyai beberapa kekurangan iaitu tiada sokongan IGTV dan pemesejan peribadi. Dengan kata lain Instagram Lite menawarkan fungsi yang sama seperti aplikasi Instagram asal sebelum diambil alih Facebook.