Instagram Hadir Dengan Variasi Aplikasi Instagram Lite Untuk Android

Instagram Hadir Dengan Variasi Aplikasi Instagram Lite Untuk Android

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Instagram sedia popular dikalangan ramai pengguna, dimana ia menawarkan perkhidmatan sosial berbentuk perkongsian gambar dan video. Malah, baru-baru ini mereka turut telah menambah sokongan IGTV selain sokongan panggilan video pada aplikasi utama mereka.

Dengan penambahan pelbagai ciri ini, ia secara tidak langsung menjadikan saiz aplikasi berkenaan sedikit besar – sekaligus tidak mesra untuk peranti dengan storan kecil. Untuk mengatasi masalah berkenaan, kini Instagram turut hadir dengan variasi aplikasi mereka yang baru, dinamakan Instagram Lite.

Instagram Lite Android

Instagram Lite ditawarkan untuk Android, dan bersaiz hanya sekitar 573kb sahaja. Ia dilihat ditujukan kepada negara-negara membangun, dimana kebanyakkan pengguna menggunakan peranti dengan storan sekitar 8GB atau 16Gb sahaja.

Instagram Lite menawarkan sejumlah ciri asas, termasuk berkongsi gambar atau video, menerbitkan Stories, melihat Stories pengguna lain, dan juga melayari tab Explore. Sokongan permesejan Instagram Direct masih belum hadir dan dijangka diimplementasi pada kemaskini akan datang.

Buat masa ini, Instagram Lite hanya ditawarkan dibeberapa buah negara sahaja. Pengguna di Malaysia masih belum berpeluang memuat-turunnya lagi buat masa ini, dan mungkin diperluaskan dalam masa akan datang.

Muat-Turun Instagram Lite di Google Play Store


TIPS & ULASAN