Carian
SpaceX Melancarkan Penyelaku Mengawal Kapsul Crew Dragon Ke ISS
May 13, 2020 Effi Saharudin

Tanggal 27 Mei hadapan, SpaceX akan melancarkan misi menghantar dua angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) menggunakan kapsul Crew Dragon. Ini ialah kali pertama Crew Dragon akan membawa penumpang manusia selepas selama ini digunakan hanya untuk menghantar kargo termasuk satelit nano dari UiTM.

Pelancaran misi Demo-2 amat ini adalah penting kerana ia kali pertama sejak Julai 2011, angkasawan Amerika Syarikat terbang ke angkasa lepas menggunakan roket buatan tempatan. Pada tahun 2011, misi Space Shuttle telah ditamatkan kerana faktor keselamatan pasca tragedi Columbia dan kos yang terlalu mahal.


Bagi memperingati hari yang bersejarah ini, SpaceX melancarkan penyelaku yang membolehkan orang ramai mencuba sendiri mengawal proses dok Crew Dragon ke ISS. Ia boleh dicuba menggunakan pelayar web menerusi pautan di bawah. Ini berbeza sekali dengan sistem kawalan seakan pesawat pejuang dan meter analog yang digunakan pada kapal angkasa Space Shuttle, Soyuz dan Apollo sebelum ini.

Apa yang menarik mengenai Crew Dragon ialah kesemua kawalan kapal angkasa ini adalah menggunakan skrin sesentuh. Jika anda menggunakan penyelaku ini menerus telefon pintar, anda mempunyai pengalaman yang sama seperti angkasawan SpaceX.

Komen