Sedia maklum, Honor kini dalam persediaan untuk memperkenalkan pewaris baru mereka iaitu Honor X10 pada 20 Mei ini. Desas-desus mendakwa Honor berkemungkinan muncul dengan versi pro pada acara berkenaan. Namun, perkhabaran ini masih tidak dapat dipastikan lagi dengan tepat.
Honor X10 merupakan pengganti untuk siri HONOR 9X dan peranti ini juga dikatakan telah muncul di penyenaraian TEENA dengan sejumlah butiran penting. Menjelang pelancaran rasmi, satu lagi perincian utama pada peranti dikatakan telah tertiris menerusi sebuah poster acah.
Memetik informasi yang dikongsi, Honor X10 bakal menawarkan skrin dengan kadar segar semula 90Hz. Selain itu, ia juga akan menyokong kadar sampel sentuhan 180Hz. Dengan kadar segar semula yang tinggi bermaksud paparan akan lebih responsif dan setiap pergerakan dalam skrin lebih lancar. Penawaran pada model kali ini juga dilihat hadir dengan beberapa kemampuan memfokuskan pada permua.
Maklumat lain mengenai spesifikasi utama peranti masih belum disahkan. Namun, terdapat juga khabar angin mengatakan peranti ini dijangka muncul dengan sokongan rangkaian 5G.