Samsung Galaxy A Quantum Dilancarkan – Telefon Pintar Pertama Dengan Sistem Penyulitan Kuantum

Samsung Galaxy A Quantum Dilancarkan – Telefon Pintar Pertama Dengan Sistem Penyulitan Kuantum

Diterbitkan pada Mei 14, 2020 oleh .

Sebagai seorang manusia, perkataan kuantum muncul di dalam hidup kami dalam bentuk tajuk sebuah siri fiksyen sains merentas masa. Tetapi selepas tiga dekad maksud sebenar kuantum itu masih sukar untuk  kami jelaskan tanpa sebuah artikel Wikipedia. Di Korea Selatan Samsung Galaxy A Quatum telah dilancarkan dan ia adalah peranti pertama yang dilengkapi sistem penyulitan kuantum.

Ia dipasarkan khusus untuk pelanggan SK Telecom dan adalah sebuah Galaxy A71 5G dengan cip sekuriti penjana nombor rawak kuantum (QRNG). Menerusi cip QRNG ini, sistem penyulitan data yang lebih selamat dapat dinikmati oleh pengguna. Kerana nombor rawak yang dijana setiap kali ia digunakan, data yang tersimpan di dalam peranti akan menjadi lebih sukar untuk digodam berbanding sistem penyulitan algoritma yang digunakan sekarang. Ia juga digunakan untuk penyulitan ketika melakukan perbankan atas talian seperti SK Pay.

Buat masa ini Galaxy A Quantum yang dijual pada harga 649,000 Won (~RM2291) hanya akan dipasarkan di Korea Selatan kerana cip QRNG dibangunkan oleh anak syarikat SK Telecom secara eksklusif.



TIPS & ULASAN