Video yang tonton sekarang memerlukan codec untuk dimainkan pada peranti. Sekiranya anda berusia seperti kami, hampir tiga dekad yang lalu anda perlu membeli kad MPEG khas semata-mata untuk menonton DVD pada PC. Untuk kandungan 8K sudah terdapat beberapa codec yang diumumkan seperti AV1. Terkini Samsung, Huawei dan Qualcomm ketiga-tiga bersetuju untuk menggunakan codec baharu MPEG-5 EVC pada peranti keluaran mereka.
MPEG-5 Essential Video Coding (EVC) ialah format baharu yang diumumkan pada penghujung April yang lalu. Ia boleh digunakan untuk menstrim kandungan 8K, 4K, AR dan VR dengan lebih efisien. MPEG-5 EVC menjanjikan kualiti video yang setanding dengan HEVC tetapi dengan kadar bit yang 26% lebih rendah. Di dalam dunia 5G kelak, antara kerisauan pengguna ia penggunaan data yang tinggi untuk menstrim kandungan video dan MPEG-5 EVC dapat menyesalkan masalah ini.
Tetapi Samsung, Huawei dan Qualcomm dipercayai menyokong MPEG-5 EVC kerana ia tidak memerlukan lesen untuk digunakan pada peranti yang dikeluarkan.