Cari @ Amanz

Sedia maklum, peranti IQOO yang seterusnya iaitu IQOO Z1 bakal diperkenalkan secara rasmi pada 19 Mei kelak. Menjelang pelancaran rasmi, beberapa spesifikasi utama peranti kini telah disahkan menerusi beberapa poster acah yang dikongsi di laman Weibo.

Peranti ini bakal hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 44W. Ia merupakan peranti seterusnya yang dibekalkan dengan sokongan ini selepas iQOO Neo3. Peranti ini juga disahkan menggunakan cipset terbaru, MediaTek Dimensity 1000+.

Menariknya, cip pemproses ini dilengkapi dengan sokongan 5G dan kadar segar semula yang lebih tinggi sehingga 144Hz. Poster tersebar juga menunjukkan susun atur pada bahagian bawah peranti yang menyertakan bicu audio 3.5mm, USB-C dan pembesar suara.

Jikalau dilihat pada gambar yang tertiris sebelum ini, ia dilihat akan menyertakan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi bersama rekaan berlubang pada skrin hadapan. Untuk mengetahui lebih mengenai peranti ini, kita tunggu pelancaran rasmi kelak!

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd