Spesifikasi Samsung Galaxy A21s tetiris pada penghujung April yang lalu dan hari ini imej pengolokan rasminya pula tertiris. Seperti kesemua peranti yang dilancarkan oleh Samsung tahun ini, A21s hadir dengan lubang skrin untuk kamera swafoto. Pada bahagian belakang pula dapat dilihat kuad-kamera utama dengan susunan lensa berbentuk huruf L.
Turut dapat dilihat ialah pengimbas cap jari fizikal berbentuk bujur pada panel belakang. Dari segi rekaan ia menyerupai Galaxy A21 yang diumumkan bulan lalu cuma susunan lensa kamera yang diubahsuai. Skrin masih lagi memanjang dengan bahagian dagu yang agak besar.
Berdasarkan maklumat yang tertiris sebelum ini, A21S mungkin dilengkapi skrin 6.55″ HD+, memori sehingga 3GB RAM, storan dalaman 64GB dengan sokongan slot microSD dan bateri sebesar 5000 mAh. Walaupun imej pengolokan telah tertiris, tarikh ia akan dilancarkan masih lagi misteri.