Cari @ Amanz

Apple Mengambil-Alih NextVR Yang Memfokuskan Penstriman Realiti-Maya

Oleh Aman

Link Copied!

Apple kini mengesahkan melalui Bloomberg, yang mana mereka telah mengambil-alih salah satu syarikat yang memfokuskan kepada penstriman secara realiti-maya, iaitu NextVR. Tiada sebarang info berkaitan harga pengambil-alihan yang diumumkan oleh pihak Apple buat masa ini.

NextVR sebelum ini memfokuskan kepada penawaran kandungan berbentuk penstriman secara realiti-maya. Pengambil-alihan ini dilihat selari dengan langkah pihak Apple yang membuat pelaburan tinggi dalam arena kandungan realiti-terimbuh sejak akhir-akhir ini.

Mengikut desas-desus, Apple dikatakan mungkin menawarkan kaca mata AR dalam beberapa tahun lagi, dan pengambil-alihan NextVR dijangka akan terus menambah kepakaran jurutera dalam pasukan realiti-terimbuh ini.


Komen ()