Vivo adalah sebuah jenama yang penuh dengan inovasi dan mereka dilihat dalam persediaan untuk memperluaskan siri ‘Vivo X’ dengan memperkenalkan Vivo X50 tidak lama lagi. Peranti ini merupakan pengganti untuk Vivo X30 dan X30 Pro yang diperkenalkan sekitar Disember lalu.
Desas – desus mengenai peranti ini bertiup kencang sejak beberapa hari lepas dan ia semakin menjadi menjadi bualan selepas tarikh pelancaran rasminya dikongsi menerusi sebuah video pendek. Pelancaran tersebut dijadualkan berlangsung di China pada 1 Jun kelak.
Pun begitu, maklumat penuh mengenai peranti masih belum diketahui buat masa ini. Sebaliknya, video tersebut hanya memberi gambaran bahawa peranti ini bakal memfokuskan kepada kemampuan fotografi lebih baik.
Imbas kembali, Vivo X30 dan X30 Pro didatangkan dengan sejumlah penawaran menarik seperti sokongan zum sehingga 60X. Jadi, apa agaknya penawaran untuk model kali ini? Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.