Cari @ Amanz

NASA Mengumumkan Perjanjian Artemis Bagi Meneruskan Usahasama Di Bulan Dan Angkasa Lepas

Link Copied!

Misi Artemis oleh NASA ingin mengembalikan manusia ke permukaan bulan selepas kali terakhir ia dilakukan pada tahun 1973. Ia dilihat sebagai batu loncatan kepada pengembaraan manusia planet-planet lain serta merealisasikan idea membina markas di bulan. NASA hari ini telah mengumumkan Perjanjian Artemis (Artemis Accord) bagi meneruskan usahasama di bulan dan seterusnya di kalangan negara serta syarikat swasta.

Perjanjian Artemis adalah berasaskan Perjanjian Angkasa Lepas 1967. Negara dan syarikat yang menandatangani Perjanjian Artemis akan berjanji untuk melakukan pengembaraan angkasa lepas untuk tujuan keamanan sahaja. Bantuan kecemasan akan diberikan kepada angkasawan apabila diperlukan. Turut disertakan ialah etika ketika melombong sumber di permukaan bulan dan Marikh.

Perjanjian turut menetapkan garis panduan untuk mengurangkan sampah angkasa lepas serta pelupusannya. Akhir sekali perjanjian ini akan memastikan kesemua artifak angkasa lepas yang ada di permukaan bulan tidak akan diganggu.


Komen ()