NASA Memilih SpaceX, Blue Origin Dan Dynetics Untuk Memperlihatkan Rekaan Modul Misi Artemis

NASA Memilih SpaceX, Blue Origin Dan Dynetics Untuk Memperlihatkan Rekaan Modul Misi Artemis

Diterbitkan pada Mei 3, 2020 oleh .

Misi Artemis NASA ingin menghantar angkasawan wanita pertama ke permukaan bulan menjelang 2024. Ia akan menjadi misi pertama manusia kembali ke bukan sejak 1972. Bagi mengurangkan kos, NASA membuka tender menghasilkan sistem pelancaran dan pendaratan ke syarikat swasta. Kini mereka memilih tiga syarikat untuk membangunkan rekaan akhir sistem pendaratan ke permukaan bulan Misi Artemis.

Syarikat yang dipilih ialah SpaceX, Blue Origin dan Dynetics. Ketiga-ketiga syarikat perlu menunjukkan rekaan akhir sistem pendaratan ke permukaan bulan mereka kepada NASA sebelum Februari 2021. Berdasarkan rekaan yang dipersembahkan hanya satu syarikat akan diisytiharkan pemenang.

SpaceX telahpun menunjukkan kapal angkasa Starship yang akan digunakan untuk misi ke Bulan dan Marikah mereka. Blue Origin pula memperlihatkan modul pendaratan Blue Moon tahun lalu. Ketiga-tiga syarikat mempunyai sistem pendaratan yang berbeza. Starship ialah kapal angkasa yang mendarat seperti secara menegak menggunakan roket Falcon Heavy. Blue Moon memerlukan sistem pelancar tiga peringkat yang mirip yang digunakan dalam Misi Apollo. Dynetics pula menggunakan modul pendaratan yang berprofil rendah.

NASA memerlukan bantuan syarikat swasta kerana kos misi menghantar manusia ke bulan semula dianggarkan mencecah $30 bilion (~RM128 bilion). Selain NASA, agensi angkasa Rusia, Jepun dan China juga ingin menghantar angkasawan ke bulan. Minat untuk kembali meningkat kerana bulan akan dijadikan markas pelancaran misi ke Marikh.



TIPS & ULASAN