Cari @ Amanz

Neil Armstrong ialah manusia pertama yang menjejakkan kaki ke permukaan bulan diikuti oleh Buzz Aldrin pada 16 Julai 1969. Setakat ini hanya 12 orang angkasawan sahaja telah berjaya menjejakkan kaki ke bulan menerusi enam misi Apollo. NASA hari ini mengumumkan Misi Artemis yang akan menghantar semula angkasawan Amerika Syarikat ke permukaan bulan pada tahun 2024.

Artemis ialah adik perempuan kembar kepada Apollo dan merupakan dewa bulan dalam mitos Yunani. Selari dengan pengumuman ini, NASA juga akan menghantar wanita pertama ke permukaan bulan. Amerika Syarikat bukan satu-satunya negara yang ingin mengembalikan manusia ke bulan.

China, Rusia dan Jepun juga telah mengumumkan misi mereka. Selain negara, syarikat persendirian seperti Blue Origin milik Jeff Bezos juga baru sahaja memperlihatkan rekaan modul pendaratan bulan mereka iaiatu Blue Moon manakala Space X pula dengan BFR (Big Falcon Rocket).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd