Facebook telah pun mula menawarkan Messenger Rooms secara umum bermula minggu ini, sekaligus membolehkan para pengguna untuk membuat panggilan video dengan mudah yang disertai sehingga 50 orang pada sesuatu masa.
Selain daripada mengaksesnya melalui Messenger sendiri, kini pihak Facebook juga telah mula memperkenalkan integrasinya melalui aplikasi WhatsApp Messenger.
Kini, melalui WhatsApp Beta, pihak Facebook telah mula menawarkan akses pantas kepada Messenger Rooms. Sesiapa sahaja boleh mengakses pautan berkenaan, klik padanya, dan memulakan bilik sembang anda sendiri. Langkah ini sekaligus memudahkan lagi perbincangan antara rakan-rakan, kerana selain hanya menghantar teks dan audio, kini anda boleh melakukan panggilan berkumpulan sehingga 50 orang pada sesuatu masa.
Penambahan pautan Messenger Rooms pada WhatsApp ini mengantikan pautan kamera yang terdapat padanya sebelum ini.
Bagi anda sendiri, adakah anda telah mencuba ciri Messenger Rooms ini?