Polis Anti Covid-19 Di India Kelihatan Seperti Robot Dari Masa Depan

Polis Anti Covid-19 Di India Kelihatan Seperti Robot Dari Masa Depan

Diterbitkan pada Mei 18, 2020 oleh .

Untuk meleperkan keluk epidemik, banyak negara di dunia mengenakan perintah kawalan pergerakan. Antar norma baharu yang dapat dilihat di Malaysia ialah suhu badan yang akan dibaca sebelum dibenarkan masuk ke pejabat, restoran, kedai dan pusat membeli belah. Di India pihak polis di New Delhi telah mula memakai set kepala khas untuk mengesan suhu badan yang membuatkan mereka kelihatan seperti robot masa hadapan.

Set kepala ini terdiri dari sebuah topi tempat pembinaan dengan kamera pengesan suhu yang dipasang pada cagak khas. Ia disambung pula pada set realiti maya dengan telefon pintar pada bahagian hadapan mata pemakai. Sekilas pandang ia mengingatkan kami kepada set realiti maya yang dipakai oleh Major Motoko Kusanagi dari filem Ghost in The Shell.

Wabak baharu perlu ditentang dengan teknologi baharu. India nampaknya mengambil pendekatan teknologi untuk memastikan wabak tidak akan melumpuhkan negara mereka. Selain India, China juga melengkapkan anggota polis mereka dengan kaca mata khas pengesan suhu badan tetapi kurang futuristik berbanding India.



TIPS & ULASAN