Menerusi Ultra Box, kandungan pada resolusi 4K akhirnya boleh diakses oleh pelanggan Astro. Set kotak TV ini kini ditawarkan pula kepada pelanggan Astro IPTV yang menggunakan perkhidmatan Internet Maxis Home Fibre berkelajuan 30 Mbps ke atas.
Selain kandungan 4K, pelanggan turut dapat menikmati sistem storan awanan dan juga antaramuka baharu Astro yang lebih intuitif. Menerusi storan awanan misalnya, kandungan yang direkod bukan sahaja boleh ditonton semula menggunakan Ultra Box tetapi juga distrim menerusi aplikasi Astro Go. Pakej Astro IPTV pada waktu ini ditawarkan pada harga bermula RM99 sebulan. Untuk maklumat menyeluruh mengenai pakej-pakej dan harga langganan yang ditawarkan silalah ke pautan di bawah.