Carian
Vivo IQOO Z1 5G Kini Rasmi – Dilengkapi Skrin 144Hz Dan Cip MediaTek Dimensity 1000+
May 20, 2020 Amy Maizuraa

Siri IQOO merupakan peranti yang memfokuskan kepada permua yang berprestasi tinggi. Terkini, jenama ini meluaskan penawaran peranti pintarnya menerusi pengenalan Vivo IQOO Z1 5G. Menariknya lagi, ia merupakan peranti pertama yang menggunakan cip pemproses MediaTek Dimensity 1000+.

IQOO Z1 5G membawakan paparan berukuran 6.57-inci LCD FHD+ dengan skrin kadar segar semula 144Hz bersama paparan berlubang menempatkan kamera hadapan. Peranti ini dijana oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 1000+, GPU ARM Mali-G77, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. IQOO Z1 5G juga dilengkapi dengan fungsi Multi-Turbo 3.5 bertujuan untuk peningkatan prestasi dan pelepasan haba lebih baik.

Untuk kamera, IQOO Z1 5G didatangkan dengan tiga kamera utama iaitu 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (sudut lebar) + 2-Megapixel (makro). Kamera swafoto pula sebesar 16-Megapixel. Melengkapi peranti, bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 44W. IQOO Z1 5G tersedia dalam dua warna iaitu Space Blue dan Galaxy Silver. Terdapat juga edisi khas One Piece. IQOO Z1 5G ditawarkan pada harga bermula RMB2,198 (~RM1,348).

Komen