Golongan OKU Dan B40 Perlu Mendaftar Sebelum 31 Mei Untuk Menerima Dekoder MyFreeView Percuma

Golongan OKU Dan B40 Perlu Mendaftar Sebelum 31 Mei Untuk Menerima Dekoder MyFreeView Percuma

Diterbitkan pada Mei 20, 2020 oleh .

Antara inisiatif kerajaan bagi memudahkan pemindahan ke siaran digital ialah pemberian dekoder MyFreeView secara percuma. Sebanyak dua juta dekoder telah diberikan kepada golongan OKU dan B40 dengan penambahan 300 ribu lagi pada Februari lalu. Golongan OKU dan B40 kini diberikan tempoh sehingga 31 Mei untuk mendaftar sekiranya ingin menerima dekoder percuma.

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan laman sesawang MYTV atau pun menerusi nombor telefon MYTV Careline di talian 1800-18-1088/1-300-80-6988. Semakan status permohonan turut boleh dilakukan menerusi dua saluran di atas. Sebarang permohonan selepas tarikh yang diberikan tadi tidak akan dilayan. MyFreeview ialah jenama platform TV digital, tanpa bayaran bulanan dengan  15 saluran televisyen definisi tinggi dan 6 saluran radio.



TIPS & ULASAN