Cari @ Amanz

Peranti realiti maya Oculus Quest memerlukan alat kawalan khas bagi membolehkan interaksi pemain dengan dunia maya yang diselami. Pada September tahun lalu, Oculus mengumumkan sokongan menjejak pergerakan jari dalam dunia maya menerusi perisian ujian. Kini Oculus mengumumkan sokongan ini akan diberikan kepada umum menerusi kemas kini perisian v17.

Dengan sokongan rasmi ini, dua permainan The Curious Tale of the Stolen Pets dan Waltz of the Wizard bakal dikemaskini pada penghujung bulan ini bagi menyokong kawalan menggunakan pergerakan jari. Selain penambahbaikan untuk menjejak pergerakan jari turut dikemaskini  dari perisian ujian untuk meningkat kejituan, skrin tetapan untuk tidak menggunakan alat kawalan diberikan, menggunakan jari untuk menetapkan had ruang permainan dan tutorial untuk membiasakan diri menggunakan tangan dalam dunia maya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd