Cari @ Amanz

NVIDIA Menggugurkan Nama Tesla Untuk Mengelak Salah Faham Dengan Jenama Kereta Yang Sama

Oleh Nazrin

Link Copied!

Jenama kad grafik NVIDIA Tesla dikhaskan untuk kad-kad grafik paling berkuasa keluaran syarikat tersebut dan biasanya digunakan oleh pusat data untuk pelbagai tugasan kritikal seperti pengolahan grafik. pengiraan aritmetik dan sebagainya.

Dengan pengumuman mengenai kad grafik NVIDIA A100, NVIDIA nampaknya telah menggugurkan nama model Tesla pada kad-kad grafik kelas pusat data ini.

Menurut beberapa laporan, NVIDIA dikatakan menggugurkan nama Tesla untuk mengelak salah faham dengan jenama pembuat kereta milik Elon Musk.

Ini agak menarik kerana NVIDIA sebelum ini dilihat bekerjasama dengan Tesla untuk membangunkan teknologi kecerdasan buatan khusus untuk tujuan pemanduan kendiri, tetapi pihak Tesla kemudiannya menyatakan hasrat untuk membina sistem pemanduan kendiri mereka sendiri.


Komen ()