Cari @ Amanz

Selepas Menggembala Manusia Di Singapura, Spot Kini Menggembala Kambing Di New Zealand

Link Copied!

Robot Spot oleh Boston Dynamic mula menunjukkan penggunaannya di dunia sebenar sejak setahun yang lalu. Sebelum itu ia direka untuk digunakan di tapak pembinaan bagi melakukan rondaan dan membawa batu-bata menaiki tangga dengan selamat.

Hanya beberapa minggu yang lalu Spot diuji pula di Singapura bagi “menggembala” rakyat Singapura yang tidak mematuhi arahan pembatasan sosial. Kini ia menggembala kambing pula di New Zealand, Penggunaannya kali ini lebih selari dengan rekaan Spot yang mengambil inspirasi dari anjing.

Menerusi kerjasama dengan firma Rocos, Spot boleh diarahkan untuk menggembala kambing secara bersendirian atau bersama dengan robot Spot yang lain. Ia sekadar ujian untuk melihat kebolehannya di dalam industri penternakan pula. Jika anda mempunyai akses kepada Spot, apakah tugas yang ingin anda berikan kepada anjing robotik ini?


Komen ()