Carian
Robot Spot Digunakan Di Singapura Untuk Memantau Pembatasan Sosial
May 8, 2020 Effi Saharudin

Robot Spot oleh Boston Dynamics telah mula dijual pada penghujung tahun lalu, Pada asalnya ia dicipta untuk digunakan di kawasan pembinaan untuk mengangkat batu sebelum dan menjadi anjing mekanikal yang melakukan rondaan dalam bangunan. Singapura telah menemui satu lagi fungsi Spot kerana ia digunakan pula untuk pemantauan pembatasan sosial.

Spot diuji di taman awan Bishan-Ang Mo Kio bermula hari ini selama dua minggu. Terdapat rakaman suara yang mengingatkan pengunjung untuk sentiasa mematuhi pembatasan sosial di negara yang masih belum berjaya menewaskan wabak koronavirus. Sistem kamera yang dibangunkan oleh GovTech diletakkan pada Spot untuk menganggar jumlah pengunjung ke taman. Ujian penggunaan robot di taman awam ini ialah kerjasama di antara National Parks Board (NParks) dan Smart Nation and Digital Government Group (SNDGG).

Apa yang dilakukan Singapura lebih hampir kepada fungsi asal Spot. Sejak diperkenalkan dua tahun yang lalu ia telah diuji untuk menarik lori dan diubahsuai untuk memantau pesakit Covid-19 dari jarak jauh.

Komen