Samsung Akan Membekalkan Bateri Untuk Kenderaan Elektrik Hyundai

Samsung Akan Membekalkan Bateri Untuk Kenderaan Elektrik Hyundai

Diterbitkan pada Mei 21, 2020 oleh .

Samsung ialah syarikat konglomerat gergasi yang bukan sahaja menghasilkan peralatan elektronik tetapi terlibat dalam industri pembinaan, perkapalan dan ketenteraan. Mereka kini maju selangkah lagi dengan pembabitan dalam industri kenderaan elektrik selepas menandatangani persetujuan dengan Hyundai Motor Group.

Hyundai akan menggunakan bateri li-ion yang dikeluarkan oleh Samsung SDI. Model awal yang akan menggunakan bateri buatan penuh Korea Selatan ini ialah Hyundai Genesis G80 2020 dan kereta hibrid Kia. Bateri keluaran Samsung dipercayai mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 500 kilometer dengan sekali caj. Ia kemudian akan digunakan pula pada kenderaan elektrik komersial dalam masa 2-3 tahun.

Ini bukan kerjasama pertama Samsung dengan syarikat automotif. Audi sebelum ini bersetuju menggunakan cip Exynos Auto V9 pada sistem info hibur kenderaan mereka dan Samung juga melancarkan sistem ADAS serta swapandu DRVLINE dua tahun yang lalu.



TIPS & ULASAN